Wednesday, May 2, 2012

Tiada yang mampu menghalang.

MARANG - Kuasa Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang.

Jika Dia berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah. Dugaan terus diterima manusia kerdil seperti kita ini, juga ada kalanya cukup hebat dan kadang kala tidak tertanggung. Namun, siapa yang mampu menghalang ?.
Ujian yang datang bukan dipinta, luah Safinah Yaacob, 55, ibu kepada mangsa tertimbus tanah, Mohd Amri Sidek, 26, yang terbunuh dalam satu kejadian tanah runtuh di Bukit Lubuk Kolah, Undang dekat Marang, pada 30 April lalu.
“Zahirnya saya masih mampu lagi bersabar dan menggangap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Namun, kami redha dengan pemergiannya dan terima segalanya yang telah ditentukan olehNya,” katanya kepada Wartawan Cabuk.
Sebelum ini, ibu 11 anak itu jelas gembira apanila anak sulungnya itu sudah mampu menggalas tanggungjawab untuk menjaga keluarga dan membantu suaminya mencari rezeki, tiba-tiba diragut dengan berita kematian yang amat menyedihkan itu.
Allahyarham Mohd Amri ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja memindahkan tanah di Bukit Lubuk Kolah untuk dibawa keluar dari kawasan bukit berkenaan namun meninggal dunia selepas jengkaut yang dikendali ditimbus runtuhan tanah. 
Akibat kejadian itu, mangsa yang bekerja seorang diri terperangkap di dalam jengkaut dan disahkan meninggal dunia apabila dikeluarkan dari jentera berat itu oleh sekumpulan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Marang dan Wakaf Tapai, Marang.
“Saya tidak menyalahkan takdir. Jauh sekali menidakkan kuasa Tuhan,” kata Safinah ketika menceritakan semula mengenai kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu sebelum anggota penyelamat berjaya mengeluarkan tubuh Allahyarham yang terperangkap pada jam 5.22 petang. 
Namun, dia tidak boleh membendung rasa sebaknya lalu menangis. Ini sebab, dalam kekalutan menguruskan keperluan kesemua anak-anaknya, dia dan suami terpaksa menerima berita sedih itu yang tidak mungkin dapat dilupakan mereka seumur hidup.
“Sekarang semua harapan yang saya letakkan hanya tinggal harapan. Perasaan saya, hanya Allah yang tahu. Bila mengenang kembali semua yang berlaku, memang saya menangis. Inilah satu-satunya cara untuk melepaskan rasa yang ada.
“Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang suara Allahyarham Mohd Amri yang berkata sesuatu kepada saya sebelum keluar bekerja pada hari kejadian. Tak faham tak apa lah...itulah kata-kata terakhirnya namun saya tidak faham apa yang dimaksudkan,” katanya.
Ajal dan maut, bukankah kehendak-Nya? Bayangkan jika kita berada di tempat mereka? Apakah yang akan kita lakukan?.

Dan hari ini warga Marang sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian yang menyedihkan.
Pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang, Md Harith Iskandar Mat Fuad Mahakim, 14, lemas selepas mandi di Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak di sini, semalam dan mayat mangsa kemudiannya ditemui 100 meter dari tempat kejadian, hari ini.
Al Fatihah...

Mangsa lemas ditemui selepas 24 jam.





MARANG – Operasi mencari dan menyelamat selama 24 jam akhirnya dihentikan selepas penemuan mayat mangsa lemas, Md Harith Iskandar Md Fuad Mahakim, 14, lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian di Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak, di sini, semalam.
Ketua operasi iaitu Ketua Polis daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mayat pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang terbabit ditemui terapung lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian kira-kira jam 3.35 petang.
Menurutnya, kerja mencari dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Marim selama kira-kira 24 jam itu akhirnya membawa kepada penemuan mangsa yang terapung tidak jauh dari tempat kejadian.
Kelmarin, akhbar Sinar Harian Terengganu menyiarkan, mangsa, kelihatan tercungap-cungap sebelum tengelam setelah terjun ke sungai itu kira-kira jam 3.00 petang. Mangsa juga cuba diselamatkan tiga rakannya yang kebetulan berada di tempat kejadian namun usaha itu gagal.
Mengulas lanjut, Ahmad Mazlan berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tindakan selanjutnya.
“Penemuan mangsa adalah hasil kerjasama polis, Bomba dan Penyelamat, Unit Skuba, Polis Marim, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui Wartawan Cabuk di tebing Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak di sini.

Thursday, March 22, 2012

Pengerusi Perkat rebah ketika berucap.



MARANG – Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Guru Kafa Terengganu (Perkat) daerah Marang, di sini, diselubungi cemas seketika apabila Pengerusi Perkat, Tuan Abdul Razak Tuan Yusof, 74 tiba-tiba rebah dan pengsan selepas 10 minit berucap.

Tuan Abdul Razak kemudiannya di hantar ke Klinik Kesihatan Marang untuk pemeriksaan sebelum dikejarkan ke Hospital Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.17 pagi dipercayai akibat serangan jantung.

Pegawai Khidmat Masyarakat Dun Bukit Payong, Mohd Rukimi Omar berkata, sebelum kejadian, Abdul Razak sedang berucap tidak sampai 10 minit pada majlis yang turut dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, Zaidi Muda.

“Selain itu, turut hadir pada majlis yang diadakan di Dewan Majid Sultanah Nur Zahirah Bandar Marang itu ialah Pegawai Yayasan Islam Terengganu (YIT) daerah Marang, Che Ismail Abdul Rahman dan juga Pengerusi Perkat daerah Marang, Hayati Sulong.

“Abdul Razak tiba-tiba tidak stabil dan rebah dan didapati tidak sedarkan diri. Beliau kemudian di hantar ke Klinik Kesihatan Marang sebelum dikejarkan ke HSNZ Kuala Terengganu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pejabat YIT Marang di Rhu Rendang di sini, hari ini.

Mesyuarat agung yang dihadiri lebih 400 orang ahli Perkat daerah Marang itu bagaimanapun diteruskan dan dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan Dun Bukit Payong, Zaidi Muda sebelum berita kematian itu dimaklumkan kepada ahli Perkat lebih kurang jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Unit Forensik HSNZ Kuala Terengganu melalui jurucakapnya memaklumkan Allahyarham Tuan Abdul Razak meninggal dunia pada jam 11.17 pagi di HSNZ sebelum jenazahnya dituntut oleh ahli keluarganya tengah hari, hari ini.

Thursday, March 15, 2012

Acid victim return home.


MARANG - Effect of increasing healing burns, pain also continued to decline, " said Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, victim of acid at Padang Merchang, allowed to return after undergoing treatment at Sultanah Nur Zahirah Hospital, Kuala Terengganu.

Mohd Fazil Hanapi found at his home in the Kampung Baru Pulau Rusa, here, said he was released from the hospital after doctors found the burns on the face, right arm, body and legs are improving.

He said he was grateful to be able to go back to their families after the incidents of acid throwing on February 19 and it caused him and his friend, Shahrul Zaman Salim, 38, had to be rushed to HSNZ for treatment.

However, the former student of Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Seri Serating still waiting for the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) result need to take medication regularly follow-up to avoid the effect of burns and suffered other complications.

During the incident on February 19, Mohd Fazil Hanapi and Shahrul Zaman who worked as a fisherman suffered burns to the face and body due to being splashed with acid in her sleep at a house in Kampung Padang Mercang here.

About the cause of the incident, Mohd Fazil Hanapi said, until now he still does not know the true motive of the incident and refused to point fingers find one of any party and hope the authorities can disassemble the motive of the event.

"I think the authorities let alone the complexity of solving it," he said, which also received a Chairman of the Development and Security Committee (JKKK) Merchang, Alias Idris, 54, with Wartawan Cabuk.

Meanwhile, his father, Idrus Mat Noh, 54, earlier told that his son should be treated for two months in HSNZ, Kuala Terengganu, however, can go home early after his application to leave the hospital earlier received.

"Apart from improving the burn situation, he also claimed a quiet stay in the ward, so the hospital does not prevent us to take him home ahead of time as determined before," he said.

Sunday, February 19, 2012

Pelajar tunggu SPM dan rakan cedera disimbah asid.

MARANG - Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Serating yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohd Fazil Hanapi Idrus, 18, dan rakannya parah disimbah cecair, dipercayai asid di Padang Merchang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, Mohd Fazil melecur di bahagian muka, tangan, badan dan kedua belah kaki manakala rakannya, Sharul Zaman Salim, 38, cedera di muka dan badan selepas disimbah cecair itu dari arah luar tingkap rumah.

Perbuatan tidak beperikemanusiaan itu dilakukan oleh individu tidak dikenali ketika dua mangsa terbabit sedang nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang seorang pemandu van persendirian, Mohd Harmizi Husin, 29.

Sebelum kejadian, enam pemuda terbabit menumpang tidur di rumah bujang Mohd Hamizi untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung dan sudah menjadi rutin bagi kumpulan pemuda terbabit bermalam di rumah itu walaupun tiada perlawanan bola sepak.

Mohd Harmizi berkata, dia dimaklumkan mengenai perkara itu melalui telefon selepas menghantar sekumpulan pekerja am di sebuah kilang berdekatan lalu bergegas pulang ke rumah itu sebelum membawa dua mangsa terbabit ke Klinik Kesihatan Merchang.

Menurutnya, kedua-dua mangsa juga dikatakan menggelupur dan meraung selepas disimbah cecair di percayai asid itu sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan tersebut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.



Lanjut dan gambar keadaan mangsa parah, rakan serta respon keluarga mangsa di Sinar Harian Terengganu, 20 Februari (ISNIN).