MARANG – Operasi mencari dan menyelamat selama 24 jam akhirnya dihentikan selepas penemuan mayat mangsa lemas, Md Harith Iskandar Md Fuad Mahakim, 14, lebih kurang 100 meter dari tempat kejadian di Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak, di sini, semalam.
Menurutnya, kerja mencari dijalankan oleh polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Marim selama kira-kira 24 jam itu akhirnya membawa kepada penemuan mangsa yang terapung tidak jauh dari tempat kejadian.
Kelmarin, akhbar Sinar Harian Terengganu menyiarkan, mangsa, kelihatan tercungap-cungap sebelum tengelam setelah terjun ke sungai itu kira-kira jam 3.00 petang. Mangsa juga cuba diselamatkan tiga rakannya yang kebetulan berada di tempat kejadian namun usaha itu gagal.
Mengulas lanjut, Ahmad Mazlan berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi tindakan selanjutnya.
“Penemuan mangsa adalah hasil kerjasama polis, Bomba dan Penyelamat, Unit Skuba, Polis Marim, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk setempat,” katanya ketika ditemui Wartawan Cabuk di tebing Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak di sini.
No comments:
Post a Comment