MARANG - Kuasa Tuhan, tiada siapa yang mampu menghalang.
Jika Dia berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah. Dugaan terus diterima manusia kerdil seperti kita ini, juga ada kalanya cukup hebat dan kadang kala tidak tertanggung. Namun, siapa yang mampu menghalang ?.
“Zahirnya saya masih mampu lagi bersabar dan menggangap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Cuma, dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Namun, kami redha dengan pemergiannya dan terima segalanya yang telah ditentukan olehNya,” katanya kepada Wartawan Cabuk.
Sebelum ini, ibu 11 anak itu jelas gembira apanila anak sulungnya itu sudah mampu menggalas tanggungjawab untuk menjaga keluarga dan membantu suaminya mencari rezeki, tiba-tiba diragut dengan berita kematian yang amat menyedihkan itu.
Allahyarham Mohd Amri ketika kejadian sedang melakukan kerja-kerja memindahkan tanah di Bukit Lubuk Kolah untuk dibawa keluar dari kawasan bukit berkenaan namun meninggal dunia selepas jengkaut yang dikendali ditimbus runtuhan tanah.
“Saya tidak menyalahkan takdir. Jauh sekali menidakkan kuasa Tuhan,” kata Safinah ketika menceritakan semula mengenai kejadian kira-kira jam 3.00 petang itu sebelum anggota penyelamat berjaya mengeluarkan tubuh Allahyarham yang terperangkap pada jam 5.22 petang.
Namun, dia tidak boleh membendung rasa sebaknya lalu menangis. Ini sebab, dalam kekalutan menguruskan keperluan kesemua anak-anaknya, dia dan suami terpaksa menerima berita sedih itu yang tidak mungkin dapat dilupakan mereka seumur hidup.
“Sampai sekarang, masih terngiang-ngiang suara Allahyarham Mohd Amri yang berkata sesuatu kepada saya sebelum keluar bekerja pada hari kejadian. Tak faham tak apa lah...itulah kata-kata terakhirnya namun saya tidak faham apa yang dimaksudkan,” katanya.
Ajal dan maut, bukankah kehendak-Nya? Bayangkan jika kita berada di tempat mereka? Apakah yang akan kita lakukan?.
Dan hari ini warga Marang sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian yang menyedihkan.
Pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Marang, Md Harith Iskandar Mat Fuad Mahakim, 14, lemas selepas mandi di Sungai Marang di Kampung Sungai Kerak di sini, semalam dan mayat mangsa kemudiannya ditemui 100 meter dari tempat kejadian, hari ini.
Al Fatihah...
No comments:
Post a Comment